Minda separa sedar. Kekuatannya mampu membuatkan yang sakit menjadi sihat, yang miskin menjadi kaya dan bermacam-macam lagi (dengan izin tuhan ler). Kepada mereka yang tahu bagaimana minda separa sedar berfungsi boleh memanfaatkannya untuk membolehkan kita mendapat apa yang kita hajati. Untuk kali ini saya akan memberikan 2tips untuk membolehkan anda menggunakan minda separa sedar bagi membantu anda mencapai apa yang anda impikan.
Seperti mana yang kita semua tahu, minda separa sedar ialah tempat di mana memori, kelakuan, habit, kepercayaan dan juga harapan anda di simpan. Lebih kurang 10% sahaja yang di kawal oleh minda sedar, dan yang selebihnya di lakukan oleh minda separa sedar. 90% daripada keputusan, tindakbalas, fikiran, dan juga perasaan anda di kawal pada tahap bawah sedar oleh minda separa sedar.
Minda separa sedar juga mengawal denyupan jantung, sistem percernaan, sistem pernafasan tanpa anda sedari. Cuba bayangkan kalau anda kena berfikir berapa kali denyupan jantung seminit dan pada masa yang sama berfikir macamana nak bawak kereta, tak ke letih tu. Akan tetapi minda separa sedar juga tidak selalunya melakukan apa yang kita mahukan. Ramai yang tahu mereka mempunyai beberapa tabiat buruk dari segi perbuatan dan juga pemikiran. Mereka juga tahu untuk mencapai kejayaan, tabiat buruk tersebut haruslah di ubah… tapi persoalannya bagaimana?