Cara mudah bersihkan Aura
Dalam kehidupan sehari-hari, manusia biasanya akan menyerap secara tidak langsung aura-aura negatif dari pelbagai sumber. Seperti tubuh fizikal aura juga hendaklah di bersihkan selalu. Tubuh fizikal dan aura mempunyai hubungan yang rapat di mana sebagai contoh jika tangan kita di hiris pisau maka secara automatik aura di bahagian tersebut juga akan “koyak”. Begitu juga tubuh fizikal, sebelum kita di serang penyakit fizikal seperti sakit jantung, ianya boleh di kesan pada aura apabila di lakukan “scanning” pada bahagian tersebut. Sebaik-baiknya kalau sakit eloklah di rawat tubuh fizikal dan juga aura. Proses penyembuhan biasanya akan lebih cepat dan juga menyeluruh.
Ada banyak cara untuk MEMBANTU membersihkan aura anda, antaranya ialah:
1) Mandi di bawah “shower” atau air terjun- Tu pasal ler lepas mandi badan terasa segar.
2) Menggunakan bau-bauan tertentu. Sebagai contoh minyak sandalwood mempunyai keupayaan mengeluarkan aura kotor.
3) Berendam dalam air garam – jangan pakai garam biasa, pakai garam yang warna oren/Hitam (Garam kristal asli)
4) Meditasi
5) Bersenam
6) mendengar muzik yang menenangkan minda